← Kembali ke laman utama
Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Atas faktor kebersihan, produk penjagaan kulit yang telah dibuka atau digunakan tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
Kami akan ganti produk anda jika
- Produk rosak, bocor atau pecah semasa penghantaran
- Produk yang diterima salah atau tidak lengkap
Cara membuat tuntutan
- Hubungi kami dalam masa 3 hari selepas parcel diterima melalui WhatsApp +6014-847 5618 atau email [email protected].
- Sertakan nombor tempahan, gambar produk dan video semasa membuka parcel.
- Kami akan menyemak dan memaklumkan keputusan dalam masa 3 hari bekerja.
Penggantian dan bayaran balik
Jika tuntutan diluluskan, kami akan menghantar produk ganti tanpa caj penghantaran. Jika stok tiada, bayaran balik dibuat ke akaun asal anda dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja.
Pembatalan
Tempahan boleh dibatalkan sebelum parcel dihantar. Sila hubungi kami secepat mungkin.
Reaksi kulit
Setiap kulit berbeza. Buat ujian tompok sebelum penggunaan pertama. Jika berlaku kerengsaan, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor. Produk yang telah digunakan tidak layak untuk bayaran balik.
